Friday, March 21, 2014

It has come to a close

Terlalu banyak perkara yang berlaku semasa aku berada di PASUM. Setiap perkara akan aku ambilnya sebagai kenangan dan sebahagiannya aku ambil sebagai pengajaran. Kenangan pahit manis yang aku lalui di sini membuatkan aku kenal erti kehidupan, membuatkan aku kenal cara untuk membezakan antara kawan dan lawan, membuat aku tahu apa itu kasih sayang kawan dan kekasih.

Aku sedang menjalani hari-hari terakhir di PASUM ini dan dalam kegembiraan aku untuk meninggalkan neraka duniaku ini, aku tetap akan bersedih untuk berjauhan dengan orang-orang yang aku sayangi. Ashraf aka Achup, Sam, How, Jonet, Khai, Linggam, Yeop, Azu, Ishak, Meg, Coin dan ramai lagilah. Merekalah yang menceriakan hari-hari aku sepanjang aku di sini. Gelak tawa diorang tidak pernah lekang dari tingkat 6 ni. Orang kata tingkat 6 ni setan, tapi tak, inilah salah satu bahagian syurga di PASUM ni. Aku juga takkan lupa dengan kekasih hatiku Nur Iman Amni.... Sejujurnya aku sayangkan kau... Tak pernah sesaat pun aku terfikir tentang benci pada kau... Tidak mengapalah, hati manusia lain-lain. Hanya Allah yang tahu

Tak lupa juga pada budak group aku yang paling aku sayangi Anzar, Andy, Aufa, Azim, Haikal, Cepex, Luqman dan yang lain. Korang antara orang-orang yang paling awal aku kenal. Janganlah lupakan aku dan kelak kita akan berjumpa lagi di masa hadapan menceritakan tentang kejayaan masing-masing dalam hidup.

Selepas ni aku akan sambung diploma dan aku doakan yang terbaik untuk korang yang hendak masuk ke alam degree. Aku akan bermula semula dari 0 dan cuba menggapai apa yang aku mahukan. Kepada yang senasib denganku, jangan berputus asa. Sesungguhnya Allah takkan merubah nasib seseorang itu, sehingga dia merubah dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment